Monday, August 10, 2009

Mencari Tajuk

Pada awalnya saya memang blur dalam mencari tajuk untuk buat research. Suka-suka je nak pilih tajuk mengikut kesukaan saya. Kemudian bila prof kata, kita cari tajuk research berdasarkan masalah yang dihadapi. Saya mula fikirkan masalah dalam peng dan pemb saya. Tetapi semua masalah yang dikenalpasti lebih kepada masalah guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya jadi khuatir dan semasa perbincangan yang dilaksanakan dalam minggu yang sudah, saya mengambil tindakan untuk mengenalpasti tajuk rakan dan cuba kritik tajuk mereka untuk dapatkan idea akan tajuk yang sesuai untuk saya buat research....dan saya mula meningkatkan tahap confidence saya. Dan secara keseluruhannya saya dapat gambaran bahawa kita perlu dapatkan masalah dalam pengajaran dan kemudian kenalpasti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai yang boleh diapliksikan serta seterusnya cari teknologi yang sesuai yang boleh digunakan dalam membantu pembelajaran....

Reflection of assignment 1 ( critics project paper )

Reflection

Awalnya saya tak berapa jelas akan bagaimana nak laksanakan kritik tersebut. Than bila prof bagi contoh pelajar-pelajar yang lepas dan minta kita kritik.....barulah saya jelas bagaimana nak kritik.

Mengkritik hasilan orang lain tanpa knowledge tentang penghasilan project paper tak boleh jugak. Walaupun dah pernah belajar tapi saya yakin ia tidak kukuh lagi dalam ingatan dan perlu banyak pendedahan dan lihat contoh-contoh thesis, jurnal dan project paper untuk lebih memahami lagi.

Assignment 1 membantu saya mengingatkan semula dan mengukuhkan pengetahuan tentang research. Walaupun kurang kelemahan saya perhatikan pada project paper yang saya pilih, namun masih ada beberapa kelemahan yang membantu saya mengelakkan kesilapan yang sama berlaku dalam research saya ( InsyaAllah). Whatever, Zaihariza did well. Tak sangka pula dalam aspek APA style pun kena kritik gak so that saya tak berapa nak teliti pada aspek berkenaan. But saya dapat beberapa gambaran dan serba sedikit membantu saya...