Final Reflection and Summarization of Learning
Pada peringkat awal, sebelum saya menghadirkan diri ke kursus ini, pemahaman saya terhadap Distance Education hanyalah berkaitan dengan jarak yang memisahkan guru dan pelajar. Ternyata saya berada dalam konteks DE yang lama. Saya bayangkan bahawa DE hari ini adalah sama sepertimana yang ditawarkan oleh USM untuk melatih guru-guru yang mengambil pendidikan jarak jauh semasa melanjutkan pengajian mereka yang hanya mengunakan one-way video conference ataupun sistem pembelajaran yang ditawarkan oleh ADABI pos yang hanya menggunakan sistem pos untuk menghubungkan guru, pelajar serta sumber bahan pembelajaran. Saya tidak menyangka akan keadaan ini telah jauh berubah malah DE digunakan secara meluas di serata dunia dengan adanya pelbagai hardware and software yang mampu menghubungkan setiap individu yang berada di mana sahaja dengan mudah dan efektif.
1. What are 2 or 3 most meaningful things you have learned in the class ?
Di sepanjang kursus ini banyak perkara baru yang telah saya pelajari dan banyak memberi manfaat kepada saya sebagai seorang guru. Di antaranya ialah :
Keberkesanan DE
Pernah saya fikirkan akan keberkesanan pengajaran secara jarak jauh di awal saya mengenali DE, kerana pengajaran di dalam kelas pun sukar nak capai objektif pembelajaran. Persoalan ini hanya terjawab apabila saya mengikuti kelas seterusnya. Dikenalpasti bahawa untuk merekabentuk satu pengajaran secara distance bukanlah sesuatu yang mudah. Perancangan yang dilaksanakan mestilah merangkumi semua aspek sama seperti face-to face learning. Perkara-perkara seperti kandungan pelajaran, persekitaran pembelajaran dan teknologi yang bersesuaian , kaedah atau strategi pembelajaran yang bekesan serta objektif pembelajaran serta penilaian terhadap keberkesanan pembelajaran juga perlu diambil kira. Sebenarnya banyak kajian diperhatikan telah membuktikan bahawa tiada perbezaan yang signifikan di antara pembelajaran secara jarak jauh dan pembelajaran secara face-to-face.
Pengalaman Membina DE Projek
Apabila mengikuti setiap pembentangan rakan-rakan serta perbincangan dengan Dr Tee akan distance learning, saya fikirkan akan sukar kalau sesuatu program distance education hendak dilaksanakan kerana banyak perkara perlu diambil kira. Tetapi pengalaman membina program pendidikan jarak jauh dalam final project saya iaitu penggunaan animasi play-doh dalam pengajaran dan pembelajaran , telah membuktikan bahawa sekiranya kita mengikuti semua syarat-syarat dan peraturan serta prinsip dalam pembangunan pembelajaran berasaskan DE, kita mampu merancang dan membina program pendidikan jarak jauh juga. Secara tidak langsung ia meningkatkan motivasi serta keyakinan terhadap diri saya sendiri.
Pembentangan berkenaan Technology used in DE
Tugasan pembentangan memberi banyak pengalaman dan pengetahuan berkenaan Teknologi yang digunakan hari ini dalam DE. Saya rasa cukup bertuah mendapat topik tersebut kerana saya dapat explore banyak lagi teknologi seperti webinar, webquest, freeware dan yang paling seronok saya cuba menggunakan Adobe Pro Connect meeting dalam pembentangan. Sebelum ini saya sedar akan wujudnya email, blog, wiki, ipod, dan banyak lagi kemudahan berasaskan web, tetapi saya tidak fikirkan akan kesemua kemudahan ini boleh membantu pengajaran dan pembelajaran saya. Berdasarkan Bacaan saya terhadap pelbagai artikel sebagai persediaan pembentangan, saya dapati semua teknologi ini telah pun digunakan secara meluas di negara-negara lain dalam membantu pengajaran dan pembelajaran.
ADDIE Instructional Design ( Feedback-basedprocess – RAD Lite )
Dalam pembangunan sesuatu perisian saya banyak terdedah kepada ADDIE system development Live Cycle of Instructional Design. Namun demikian penggunaan ADDIE - Feedback-based process merupakan satu pendedahan yang baru bagi saya. Ternyata penggunaannya membantu dalam perlaksanaan rekabentuk yang lebih berkesan kerana setiap fasa pembangunan di uji keberkesanannya dan hanya akan pergi ke fasa lain setelah fasa yang sebelum ini di uji dan dilengkapkan sepenuhnya. Ia memang cost effective malah menjimatkan masa.
Penggunaan Wiki dalam perbincangan kumpulan
Walaupun sumbangan saya terhadap perbincangan dalam Wiki tidak terlalu banyak namun demikian penggunaan wiki spaces di dalam menghasilkan pembelajaran berkenaan dengan how people learn memberi kesan ke atas pengetahuan saya terhadap kehebatan penggunaan wiki. Sebelum ini saya pernah mengenali akan wiki tetapi tidak pernah terfikir akan wiki spaces ibarat whiteboard di dalam kelas yang mana boleh di tulis dan dan dipadam/ diedit setelah diperbincangkan oleh guru dan pelajar-pelajar.
2. What will you do with the knowledge that you have cultivated from this class
Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya dalam kursus ini :

1. Saya akan cuba merangka satu program distance learning dalam kelas saya. Ini adalah salah satu cara yang saya boleh gunakan untuk mengatasi masalah kesukaran untuk menghabiskan sukatan pelajaran sekiranya hanya bergantung pada pembelajaran di dalam kelas sahaja. Tambahan pula komputer-komputer di makmal terlalu lambat dan menjejaskan pembelajaran. Saya akan cuba membawa satu perubahan terhadap persekitaran pembelajaran pelajar-pelajar saya.
2. Saya juga bercadang untuk menggunakan pelbagai teknologi hari ini untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Pelajar-pelajar ICT saya tidak mempunyai nota atau buku teks berkenaan ICT . Dengan adanya pelbagai teknologi hari ini, saya berhasrat untuk membantu pelajar mendapatkan nota dan soalan secara online dan wiki boleh digunakan sebagai tapak pelajar-pelajar saya melaksanakan perbincangan.
Berdasarkan pendedahan terhadap 4 prinsip terhadap pembelajaran iaitu Learning occurs in contect, learning in active, learning in social and learning is reflective, mengajak saya berfikir sejauhmana semua prinsip diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran saya sebelum ini. Tenyata berdasarkan perbincangan dalam wiki , pengajaran yang berpusatkan guru tidak mampu memenuhi ke semua prinsip yang mampu menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Saya berhasrat mengubah sedikit-demi sedikit pengajaran saya disekolah supaya dapat memenuhi prinsip yang dinyatakan di atas. Penggunaan refleksi kebiasaannya dihadkan kepada guru dan kini saya cuba hendak mengaplikasikannya kepada pelajar-pelajar saya supaya saya tahu sejauhmanakah perkembangan pelajar saya.
Yang pentingnya saya tidak akan berhenti mengikuti perkembangan tentang DE dan teknologi yang akan datang. Dari masa ke semasa saya akan mencari masa untuk mencari dan cuba menggunakan pelbagai teknologi hari ini di dalam pengajaran mahupun dalam kelas atau secara jarak jauh supaya saya tidak terus ketinggalan dalam arus perubahan pendidikan hari ini.
Terima kasih tak terhingga kepada Dr Tee serta rakan-rakan , di atas pengetahuan, pengalaman dan ilmu baru yang disampaikan.