Sunday, April 12, 2009

Pentangan e-poster

Date 9 April 2009

Pembentangan e-poster dan Final Project

Hari ini pembentangan projek distance learning. Seramai 4 kumpulan telah membuat pembentangan. Ternyata dalam merancang distance learning pelbagai persoalan akan timbul dan bukannya mudah untuk merancang sesuatu yang perfect. Mungkin bagi pandangan kita tidak menjadi masalah kerana kita yang membinanya tetapi bila melibatkan pelajar atau pengguna barulah pelbagai perkara yang akan timbul. Di sini lah fungsinya ADDIE feedback process ( triangle process ) supaya pada setiap fasa pembangunan masalah dikenalpasti dan akhirnya dapat menghasilkan satu produk yang efektif. Pelbagai aspek perlu di ambil kira iaitu dari objektif pembelajaran yang dirancang sehinggalah bagaimana penilaian dilaksanakan untuk menguji kefahaman pengguna sehingga boleh mencapai objektif pembelajaran.

Kesemuanya telah menghasilkan satu produk yang baik dan saya yakin ia menjadi satu pengalaman yang indah dan memberi kepuasan yang tinggi kepada kita semua. Thanks rakan-rakan di atas perkongsian.

No comments:

Post a Comment