Saturday, March 28, 2009

11th Week Presentation ( Reflection On Presentation )

Date : 26 March 2009

Today’s Technology :

Vision of the future what is possible in the future Distance Education


Pembentangan telah dilaksanakan tanpa sebarang masalah teknikal. Ini kerana penggunaan Adobe Pro Connect Meeting dan slaid presentation yang menggunakan movie, begitu mencemaskan ketika saat-saat hampir pembentangan kerana masalah internet service yang terlalu lambat dan dalam masa yang sama semua video yang terdapat pada slaid presentation tidak berfungsi kerana masalah link. Whatever....kami dapat menanganinya dengan baik.

What did you learn from this activity ?

Topik pembentangan saya ( technologies in distance education ) banyak memberi pendedahan dan secara tidak langsung memotivasikan diri saya dalam menggunakan pelbagai teknologi yang terdapat hari ini dalam pengajaran dan pembelajaran secara jarak jauh di sekolah.

Pengalaman yang paling bermakna adalah apabila saya berjaya mengaplikasikan penggunaan Adobe Pro Connect Meeting yang diperkenalkan oleh Fazu ,di dalam kelas dan ia berjaya dilaksanakan dan memberi peluang kepada rakan-rakan menggunakannya sama. It is interesting ….kelihatan rakan-rakan juga seronok menggunakannya.

Saya juga sedar akan banyak lagi kemudahan aktiviti secara online yang disediakan serta boleh diaplikasikan dalam konteks distance learning. Oleh itu, perlaksanaan distance learning tidak menjadi masalah lagi .

Apa yang paling jelas sekali adalah….berdasarkan pelbagai bacaan, saya dapati bahawa pembelajaran akan menjadi lebih effective jika kita menggunakan sesuatu teknologi yang berada dipersekitaran pelajar-pelajar seperti Smartphone, Ipod, SMS/MMS/Friedster…..and so on.

What instructional stratergies worked ?

Strategi yang paling berkesan apabila ahli-ahli kumpulan bertukar-tukar pendapat dengan berbantukan pembentang ( saya dan wan ) cuba menggunakan Adobe Pro Connect Meeting dalam melaksanakan akitiviti menyenaraikan “the latest technologies in distance education”. Ia berkesan apabila learners diberi peluang untuk berinteraksi dengan bahan mengenali penggunaannya secara hands-on.

Strategi lain yang dilihat berkesan dalam pengajaran adalah group discussion. Berdasarkan maklumat yang diperolehi serta pengetahuan dan pengalaman sedia ada, learners bertukar-tukar pendapat dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.


What instructional strategies didn’t work? And Why?

Startergi pengajaran yang kurang berkesan adalah movie yang dihasilkan dengan diiringkan dengan slaid powerpoint. Ini adalah kerana, startegi ini adalah menyerupai direct instruction. Ia dalam kategori one-way video dan tiada interaksi diperlukan di sepanjang pengajaran.

What would you done differently?

Tugasan perlu diberikan untuk menggalakkan pelajar mendengar dengan betul dan menggalakkan perbincangan serta perdebatan di antara kumpulan di akhir slot tersebut. Selain dari itu, lembaran aktiviti berbentuk soalan perlu disediakan untuk dijawab atau mengisi maklumat yang dikenalpasti disepanjang pembentangan secara one-way video

Would you implement similar instructional strategies if this was in a distance education setting ?

Pembentangan awal saya dan wan telah menunjukkan penggunaan phone untuk menunjukkan dalam konteks distance education pelbagai technology boleh diaplikasikan untuk menyampaikan maklumat. Kami cuba membina satu situasi seperti pendidikan jarak jauh contohnya penggunaan video presentation untuk menunjukkan one-way video learning yang diaplikasikan dalam distance education.

Untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan pegajaran, penggunaan one-way video akan digantikan dengan web conference contohnya dengan menggunakan Adobe Pro connect meeting or other facilities yang seumpamanya untuk memberi peluang pelajar berinteraksi dengan instructor pada perkara-perkara yang tidak jelas. Ini akan mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran dan menghasilkan pembelajaran yang bermakna..

Saturday, March 21, 2009

10th Week Reflection

Date : 19 March 2009

Benchmarks and Best Practices in DE

TQ to Fazu and Mosayeb for the presentation

Walaupun pendahuluan menjadikan satu persoalan akan makna benchmark kerana saya tidak arif dengan perkataan benchmark...tetapi aktiviti yang dilaksanakan yang telah mengaitkan dengan kehidupan seharian cukup jelas untuk saya mengenali akan what is benchmark....

Bagi saya benchmark adalah satu perkara yang biasa kita laksanakan dan berperanan sebagai target yang kita letakkan dan untuk mencapai target tersebut, beberapa penilaian perlu dilaksanakan untuk pengubahsuaian dalam usaha mencapai objektif yang telah ditetapkan ( benchmark ).

Tanpa benchmark juga sesuatu penilaian sukar dilaksanakan dalam menentukan kegagalan dan kejayaan . Di dalam online learning course....ke semua pihak iaitu instructional designer, instructor, DE web designer....and so on...perlu ada benchmark masing-masing dalam menjayakan sesuatu program yang dirancang.

9th Week Reflection

Date : 12 March 2009

Evaluating for Distance Education Class

Hari saya tidak dapat hadir ke kelas kerana menghadiri kursus. Namun demikian sedikit refleksi terhadap penilaian dalam distance education proramme...

Bagi saya penilaian secara kuantitatif and kualitatif diperlukan dalam penilaian terhadap DE course kerana hasil penilaian kuantitatif dapat dibuktikan lagi kejituannya dengan adanya penilaian secara kualitatif yang boleh mengkaji dengan lebih mendalam dalam sesuati aktiviti yang dilaksanakan terutamanya dalam aspek perasaan. Kedua-dua jenis kajian saling membantu dalam mendapatkan hasil kajian yang berkesan.

Wednesday, March 11, 2009

Reflection on New Wiki

What do you think of the new “ how people learn” wiki ?

Wiki baru nampak lebih tersusun dan terancang. Topiknya juga berkaitan dengan pengalaman saya sebagai seorang pendidik. So that, kita boleh melaksanakan perbincangan dengan rakan-rakan lain yang berpengalaman dalam pendidikan. Manakala wiki lama dilihat lebih kepada compiling…..seolah-olah untuk menghasilkan satu lagi buku teks.



What helps you learn

Penggunaan video membantu saya meninjau sendiri persekitaran pembelajaran.
Arahan yang jelas dan penerangan yang pendek membantu saya menjurus kepada pembelajaran. Percambahan fikiran berlaku apabila idea dikongsi bersama dengan rakan-rakan lain dan idea menjadi lebih jelas kerana setiap seorang ada sudut pandangannya sendiri. Cuma yang membosankan saya adalah ketika buffering dan tambahan pula internet problem di kawasan perumahan saya. Coz setiap 2-3 minit line internet akan putus dan ia menyukarkan saya.

What gets in the way of your learning

Saya mudah memahami apabila melibatkan pelbagai multimedia seperti video, audio berbanding dengan hanya melibatkan text. Huraian dan arahan yang panjang kadang kala membosankan saya kerana saya bukan dikalangan yang suka membaca ayat-ayat yang panjang. Oleh kerana wiki baru ini tidak melibatkan arahan yang terlalu panjang ( direct to the point ) dan elemen video digunakan untuk meninjau pembelajaran yang berlaku dalam persekitaran yang sebenar, ia menarik dan memudahkan pemahaman saya

8th Week Reflection

Date : 5 March 2009

Copyright and Distance Education Organization

Thanks Normie and Maryam because of the presentation and very good introduction movie

Topik yang dibentang bukan satu perkara yang mudah. Banyak perkara kita tidak ketahui kerana copyright merupakan satu perkara yang tidak di ambil secara serius di kalangan masyarakat Malaysia. Sepatutnya di Malaysia, perkara-perkara berkenaan dengan copyright perlu di dedahkan di peringkat sekolah lagi ataupun di masukkan di dalam kurikulum pendidikan. Saya hanya sedar akan betapa pentingnya isu terhadap copyright semasa saya berada di University. Even, my students also, bila di beri tugasan seperti assignment dan sumber yang diperolehi adalah dari internet, mereka copy keseluruhan text and send it to me….without any citation.

Copyright menjadi lebih serius lagi dengan kewujudan kemudahan internet dan pelbagai maklumat disampaikan dengan menggunakan internet. Berdasarkan pembacaan saya terhadap satu artikel di dalam internet menyatakan bahawa dengan berlakunya aktiviti copyright yang berleluasa pada hari ini, menyebabkan aktiviti ini lebih dikenali sebagai New Plagiarism dan akan menyumbang kepada secondhand thinking. Ia juga dikenali sebagai cut and paste thinking.

Bagi saya dalam menguruskan sesuatu program Distance Education pula, Regulatory subsystem adalah yang paling penting sekali, kerana keperluan pengguna dikenalpasti serta perancangan terhadap DE dilaksanakan. Bagi saya sekiranya subsystem ini tidak dilaksanakan dengan teliti maka, aspek-aspek lain akan terjejas dan program DE yang dilaksanakan tidak mampu menghasilkan satu organisasi yang menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.

Wednesday, March 4, 2009

7th Week Reflection

Date : 26 February 2009

Assessment in Distance Education

Thanks Kuldip and Sharmila for the presentation on Assessment through DE

Assessment merujuk pada penilaian terhadap pengajaran guru serta kesan terhadap stratergies yang diaplikasikan dalam pengajaran dan kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pembelajaran. Jika dulu assessment lebih kepada soalan yang berbentuk objektif dan subjektif. Tetapi pada era ini banyak perubahan telah berlaku dalam assessment kerana dengan wujudnya stratergi pembelajaran konstruktivisme banyak projek-projek ( PBL, portfolio, dll.. ) dilaksanakan untuk menilai sejauhmanakah knowledge constructed in their learning.


Berdasarkan pembentangan dan perbincangan, Assessment dalam DE memang sukar dilaksanakan dan aspek yang paling penting yang dipersoalkan adalah keesahan ( validation). Kebanyakkan assessment yang boleh dilaksanakan secara f2f boleh dilaksanakan secara online juga tetapi dengan perancangan yang terlalu teliti supaya pencapaian yang diperolehi boleh dipercayai.

For me, sesuatu assessment dilaksanakan atas beberapa faktor contohnya assessment di sekolah adalah lebih focus kepada menilai sejauhmanakah keberkesanan pengajaran guru ( dengan pelbagai learning stratergies yang digunakan ) serta pembelajaran pelajar terhadap sesuatu kemahiran di sampaikan dalam kelas manakala assessment dalam konteks DE pula pengujian yang dilaksanakan adalah focus kepada design of learning process yang diaplikasikan dalam web ( bagaimana sesuatu learning stratergies dilaksanakan secara berkesan dengan berbantukan kemudahan teknologi ) disamping faktor-faktor yang lain seperti instructor and students. Dengan adanya result, maka designer and instructer of DE boleh mengubahsuai design mereka bagi mencapai objektif pengajaran.

In our DE class, presentation is one of the assessment….So that, pernah saya fikirkan bagaimanakah pembentangan boleh dilaksanakan dalam DE. Setakat ni saya gambarkan satu keadaan di mana, mungkin pembentang boleh videokan pembentangan dan send untuk di tonton oleh semua pelajar-pelajar lain. Kemudian rubric secara online disediakan, untuk di lengkapkan oleh pelajar-pelajar lain .

Other ideas ???? friends