Saturday, March 28, 2009

11th Week Presentation ( Reflection On Presentation )

Date : 26 March 2009

Today’s Technology :

Vision of the future what is possible in the future Distance Education


Pembentangan telah dilaksanakan tanpa sebarang masalah teknikal. Ini kerana penggunaan Adobe Pro Connect Meeting dan slaid presentation yang menggunakan movie, begitu mencemaskan ketika saat-saat hampir pembentangan kerana masalah internet service yang terlalu lambat dan dalam masa yang sama semua video yang terdapat pada slaid presentation tidak berfungsi kerana masalah link. Whatever....kami dapat menanganinya dengan baik.

What did you learn from this activity ?

Topik pembentangan saya ( technologies in distance education ) banyak memberi pendedahan dan secara tidak langsung memotivasikan diri saya dalam menggunakan pelbagai teknologi yang terdapat hari ini dalam pengajaran dan pembelajaran secara jarak jauh di sekolah.

Pengalaman yang paling bermakna adalah apabila saya berjaya mengaplikasikan penggunaan Adobe Pro Connect Meeting yang diperkenalkan oleh Fazu ,di dalam kelas dan ia berjaya dilaksanakan dan memberi peluang kepada rakan-rakan menggunakannya sama. It is interesting ….kelihatan rakan-rakan juga seronok menggunakannya.

Saya juga sedar akan banyak lagi kemudahan aktiviti secara online yang disediakan serta boleh diaplikasikan dalam konteks distance learning. Oleh itu, perlaksanaan distance learning tidak menjadi masalah lagi .

Apa yang paling jelas sekali adalah….berdasarkan pelbagai bacaan, saya dapati bahawa pembelajaran akan menjadi lebih effective jika kita menggunakan sesuatu teknologi yang berada dipersekitaran pelajar-pelajar seperti Smartphone, Ipod, SMS/MMS/Friedster…..and so on.

What instructional stratergies worked ?

Strategi yang paling berkesan apabila ahli-ahli kumpulan bertukar-tukar pendapat dengan berbantukan pembentang ( saya dan wan ) cuba menggunakan Adobe Pro Connect Meeting dalam melaksanakan akitiviti menyenaraikan “the latest technologies in distance education”. Ia berkesan apabila learners diberi peluang untuk berinteraksi dengan bahan mengenali penggunaannya secara hands-on.

Strategi lain yang dilihat berkesan dalam pengajaran adalah group discussion. Berdasarkan maklumat yang diperolehi serta pengetahuan dan pengalaman sedia ada, learners bertukar-tukar pendapat dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.


What instructional strategies didn’t work? And Why?

Startergi pengajaran yang kurang berkesan adalah movie yang dihasilkan dengan diiringkan dengan slaid powerpoint. Ini adalah kerana, startegi ini adalah menyerupai direct instruction. Ia dalam kategori one-way video dan tiada interaksi diperlukan di sepanjang pengajaran.

What would you done differently?

Tugasan perlu diberikan untuk menggalakkan pelajar mendengar dengan betul dan menggalakkan perbincangan serta perdebatan di antara kumpulan di akhir slot tersebut. Selain dari itu, lembaran aktiviti berbentuk soalan perlu disediakan untuk dijawab atau mengisi maklumat yang dikenalpasti disepanjang pembentangan secara one-way video

Would you implement similar instructional strategies if this was in a distance education setting ?

Pembentangan awal saya dan wan telah menunjukkan penggunaan phone untuk menunjukkan dalam konteks distance education pelbagai technology boleh diaplikasikan untuk menyampaikan maklumat. Kami cuba membina satu situasi seperti pendidikan jarak jauh contohnya penggunaan video presentation untuk menunjukkan one-way video learning yang diaplikasikan dalam distance education.

Untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan pegajaran, penggunaan one-way video akan digantikan dengan web conference contohnya dengan menggunakan Adobe Pro connect meeting or other facilities yang seumpamanya untuk memberi peluang pelajar berinteraksi dengan instructor pada perkara-perkara yang tidak jelas. Ini akan mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran dan menghasilkan pembelajaran yang bermakna..

No comments:

Post a Comment