Sunday, February 22, 2009

6th Week Reflection

Date : 19 Februari 2009

Internet-Based Education

Hari ini Pat and Bee Hua telah membentangkan tajuk “ Internat-Based DE”. Pembentangan yang baik banyak maklumat yang disampaikan. Satu maklumat yang baru saya perolehi adalah berkenaan pembelian buku secara online ( e-book). Dengan hanya membeli kod sahaja segala contents dan exercise boleh diperolehi dan ini lebih mudah kerana ia menjimatkan ruang serta mudah untuk dirujuk serta menarik, lebih-lebih lagi jika melibatkan interaktiviti. So that, organisasi yang mengendalikan DE, boleh mengaplikasikannya dalam Distance Education Web

Ini mengingatkan kepada saya pengalaman saya tentang satu organisasi di Malaysia iaitu ADABI yang menyediakan kemudahan nota dan soalan-soalan serta peluang berinteraksi bersama guru-guru mereka secara postal system. Pelbagai buku dan soalan di pos kerumah. Kini ADABI bolehlah menggunakan internet sebagai base untuk berinteraksi dan menyediakan nota-nota dan feedback dengan guru secara online. Tak perlulah menghantar buku berkotak-kotak dan sistem pos yang diamalkan dulu agak tidak selamat serta lambat mendapat feedback dari guru-guru yang berkenaan.

Seperti mana yang pernah dibaca berkenaan internet-based education, ia berubah-ubah dari masa ke semasa. Jika dulu setiap maklumat yang dimasukkan kedalam internet menyediakan interaksi satu hala dan designer hanya boleh write sahaja, Namun demikian menyedari akan kelemahannya dan selaras dengan stratergi pengajaran dan pembelajaran secara kolaborasi yang diketengahkan oleh ahli-ahli pedagogi, maka terhasilah WEB 2.0. yang menjadi alat perantaraan untuk menjalankan kolaborasi learning ( read and write ).
Di Malaysia ?

Tidak dapat dinafikan bahawa interbased learning banyak memberi kemudahan kepada pelajar serta guru dalam membantu mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Bila dilihat akan kebaikannya adalah : pelajar boleh melaksanakan pembelajaran di mana-mana ia berada serta berinteraksi dengan guru pada bila-bila masa. KPM pernah sarankan bahwa sebuah rumah seharusnya mempunyai 1 komputer.

Namun demikian, bagaimana dengan perlaksanaannya di kalangan pelajar-pelajar di Malaysia dan penglibatan ibu bapa dalam menjayakan sistem pendidikan berbantukan internet. Kenapa saya mengatakan begitu….? Di dalam kelas saya hanya 5 orang dari 35 orang mempunyai kemudahan komputer yang mempunyai access internet. Saya telah cuba memberikan topic untuk perbincangan dengan mengguna ruangan forum dalam laman web sekolah saya, malah kurang mendapat sambutan pelajar dan alasan yang diberikan ialah tiada kemudahan internet dirumah. Saya hanya mampu menyarankan pelajar-pelajar saya menggunakan kemudahan internet di Cybercafe……..
Last but not least, saya ingin tambah sedikit terhadap perbincangan hari tu berkenaan dengan limitations of internet-based education : Tidak semua topic boleh disampaikan secara berkesan dengan menggunakan internet, contohnya saya mengajar matematik dan kadangkala saya perlu menggunakan pelbagai cara atau bentuk penerangan untuk membantu pelajar faham akan konsep matematik….dan ia berbeza dari satu kelas dengan kelas yang lain.

Sunday, February 15, 2009

5th Week Reflection

12 February 2009


Learning Strategies in Distance Education

Hari Chun and Lim telah menyampaikan beberapa Learning strategies yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Distance Education . Pelbagai kaedah digunakan dalam pembentangan dan maklumat disampaikan dengan jelas serta menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Ini yang diperlukan sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran Jarak Jauh ( Distance Education ) dilaksanakan dan pelbagai strategi perlu diaplikasikan untuk menghasilkan pembelajaran yang aktif dan bermakna sepertimana tajuk perbincangan pada hari ini.

Saya kurang memberi pendapat dan melibatkan diri dalam menyampaikan sesuatu idea. It is because of my confidency level is very low. Whatever, Learning stratergy in Distace Education is very important. Why I’m saying that ? Tidak kira sehebat mana teknologi digunakan, pembelajaran tidak akan berlaku tanpa penglibatan serta penggunaan learning strategies yang baik dan sesuai dengan Distance education. Ini akan menjejaskan dalam penghasilan pembelajaran yang bermakna.

Saya masih memikirkan siapa yang bertanggungjawab menentukan strategi pembelajaran yang sesuai digunakan dalam DE. Adakah instructor mempunyai kuasa sepenuhnya menetapkan learning stratergy yang digunakan? Atau berdasarkan survey terhadap pelajar-pelajar. Ini adalah kerana kebiasaannya, dalam menghasilkan sesuatu produk pembelajaran, fasa analisa akan dilaksanakan dan di dalam fasa ini penilaian dijalankan untuk mengenalpasti keperluan pelajar. So that, di dalam konteks Distance Education, saya lihat fasa penilaian ini agak sukar dilaksanakan untuk menilai keperluan pelajar. I’m still thinking …..kerana projek yang bakal kami hasilkan juga perlu melalui fasa ini.

Dalam perdebatan antara 2 kumpulan berkenaan Perlaksanaan Learning stratergies Brainstorming dalam DE. Saya berpendapat bahawa Brainstorming memang boleh dilaksanakan dalam DE , Namundemikian agar sukar dilaksanakan sekiranya tidak ada leader untuk mengawal segala perbincangan. Ini adalah kerana di khuatiri perbincangan akan out of topic dan bimbang perbezaan background seseorang akan membuat tafsiran yang berbeza. Ia lebih sesuai dilaksanakan dalam F2F learning kerana instructor boleh membuat penilaian yang terus dan individu berkenaan generate ideanya dalam masa yang ditetapkan. dalam konteks DE, berkemungkinan idea yang dikemukakan bukannya 100% dari pelajar itu sendiri.

Satu perkara untuk dikongsi kepada sesiapa yang membaca blog ini :

Dalam melaksanakan perbincangan yang berkesan, instructor / Fasilitator seharusnya :

i) Melibatkan isu atau persoalan yang boleh mendapat reaksi atau maklumbalas
peserta
ii) Instructor berperanan sebagai fasilitator dan bukan sebagai guru yang
menyampaikan maklumat
iii) Rekabentuk perbincangan haruslah menaikkan motivasi pelajar seperti dalam
model ARCS ( keller, 1983 ). Dalam model ini rekabentuk perbincangan haruslah
menarik perhatian ( A : attention ), tajuk perbincangan yang relevan
( R : relevance ), perkara yang dibincangkan perlulah menaikkan keyakinan
( C : confidence ), dan perbincangan dalam memberi kepuasan
( S : satisfaction )

Akhirnya : Saya harap saya dapat mengaplikasikan beberapa strategi yang bermakna dalam final project saya ….

4th week reflection

5 February 2009

Distance Learners

Hari ini Izawany and Hana telah memperkenalkan beberapa ciri-ciri distance learners. Saya mendapat gambaran yang jelas berkenaan dengan distance learners. Secara keseluruhan , dapat dinyatakan bahawa distance learners adalah dikalangan pelbagai jenis pelajar sama ada tua atau muda, tidak kira latarbelakang pendidikan asalnya, serta yang memerlukan pelbagai keperluan dalam pendidikan mengikut keperluan masing-masing. Walau apapun keadaan mereka, sememangnya distance learners adalah dikalangan mereka yang mempunyai semangat, motivasi dan komitmen terhadap pelajaran yang tinggi serta seorang yang bertanggungjawab. Ini membantu kepada keberkesanan pembelajaran dalam DE.

Namundemikian, menurut Moore & Kearsley ( 1996), seseorang instructor yang memahami distance learners sebelum sesuatu program pendidikan dibangunkan, akan membantu kepada penglibatan yang lebih ramai dan berkesan. Ini adalah kerana kebiasaannya pembangunan sesuatu produk pembelajaran memerlukan fasa analisa dilaksanakan dahulu dalam mengenalpasti keperluan pelajar. Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang guru matematik, pada minggu pertama saya masuk kelas, pastinya saya akan laksanakan satu analisa secara keseluruhan untuk mengenalpasti pelajar-pelajar saya dan ini membantu saya menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

Seperti mana yang dibincangkan di dalam kelas , bagaimana keperluan distance learner boleh dikenalpasti sedangkan semua course, syarat-syarat telah pun dimaklumkan kepada pelajar semasa pelajar membuat pendaftaran? Bagi pendapat saya sesuatu course itu sepatutnya memaparkan proforma dan lain-lain perkara yang berkenaan dengan pembelajaran melalaui DE tetapi kaedah pembelajaran yang diaplikasikan perlulah dinyatakan selepas pelajar-pelajar mengisi borang survey dan instructor seharusnya menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran untuk membantu pelajar yang mempunyai pelbagai learning style menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Pada era ini, distance educations dikaitkan dengan penggunaan teknologi komputer yang tinggi. So that, persoalannya adakah semua pelajar mempunyai kemahiran tersebut serta manakala kepada sesiapa yang tidak tahu langsung akan penggunaan komputer dan Internet berkemungkinan tidak bermotivasi untuk melibatkan diri dalam Distance education. Bagi pendapat saya, untuk mengatasi masalah ini banyak pengiklanan, buku-buku perlu dihasilkan untuk mendedahkan pelajar-pelajar berkenaan Distance education. Ini adalah kerana masih ramai ibu bapa serta pelajar-pelajar di Malaysia tidak sedar akan kewujudan DE. Manakala instructor juga perlu menghantar modul-modul penggunaan dan menyediakan training terhadap penggunaan teknologi terkni dalam membantu pelajar bermotivasi serta berkeyakinan dalam melibatkan diri dalam DE.

Thats all

Monday, February 9, 2009

3rd Week Reflection

22 January 2009
Instructional Design for Distance Education


Sebelum saya hadir ke kelas ini pernah saya pelajari akan bagaimana yang dikatakan dengan Instructional designing in multimedia. Saya pernah mengenali beberapa instructional disign phase dan yang paling utama sekali iaitu ADDIE and ASSURE. Tetapi apa yang saya perhatikan adalah design phase ADDIE yang dipelajari dahulu menunjukkan bahawa setiap fasa dilaksanakan mengikut urutan yang ditetapkan dan pada akhirnya setelah melalui proses analysis, design, development, and implement barulah evaluation dijalankan.

Keadaan ini berbeza dengan satu proses yang diperkenalkan iaitu Feedback-based process dalam kelas baru-baru ini but it still use ADDIE in designing the instructional. Saya tidak pernah fikirkan akan berkenaan dengan penilaian pada setiap fasa adalah penting dan ini membantu kepada penghasilan p & p yang berkesan. Proses ini juga jelas menunjukkan bahawa ia menjimatkan masa dan tenaga serta kos.

Ini menunjukkan bahawa bukan mudah untuk menghasilkan satu sesi pendidikan jarak jauh ( Distance education ) kerana faktor-faktor yang perlu di ambil kira pada F2F learning environment perlu diaplikasikan pada DE dan di rancang dengan lebih sistematik dalam menjayakannya.

Walaupun demikian, menjadi persoalan kepada saya, bagaimana sesuatu pembelajaran yang memerlukan hands-on actvitity especially experiment in science subject? …dan mampukah distance education diaplikasikan pada pelajar-pelajar peringkat rendah kerana ia memerlukan disiplin diri yang amat tinggi. Saya perlu terus explore dan kenal pasti akan pengajaran yang bagaimanakan sesuai dengan DE….Hope I do soon.

Oleh kerana DE ini digunakan secara meluas dan melibatkan pelajar-pelajar dari pelbagai background dalam aspek pengetahuan sedia ada, kemahiran yang dikuasai, kemampuan kognitif pelajar dan pelbagai aspek lagi. Fasa analisis adalah merupakan part yang paling kritikal sekali. Mampukah designer untuk DE memenuhi semua keperluan pelajar terhadap pembelajaran? It is not easy. Itu yang Feedback-based process penting digunakan dalam design DE.