Sunday, February 22, 2009

6th Week Reflection

Date : 19 Februari 2009

Internet-Based Education

Hari ini Pat and Bee Hua telah membentangkan tajuk “ Internat-Based DE”. Pembentangan yang baik banyak maklumat yang disampaikan. Satu maklumat yang baru saya perolehi adalah berkenaan pembelian buku secara online ( e-book). Dengan hanya membeli kod sahaja segala contents dan exercise boleh diperolehi dan ini lebih mudah kerana ia menjimatkan ruang serta mudah untuk dirujuk serta menarik, lebih-lebih lagi jika melibatkan interaktiviti. So that, organisasi yang mengendalikan DE, boleh mengaplikasikannya dalam Distance Education Web

Ini mengingatkan kepada saya pengalaman saya tentang satu organisasi di Malaysia iaitu ADABI yang menyediakan kemudahan nota dan soalan-soalan serta peluang berinteraksi bersama guru-guru mereka secara postal system. Pelbagai buku dan soalan di pos kerumah. Kini ADABI bolehlah menggunakan internet sebagai base untuk berinteraksi dan menyediakan nota-nota dan feedback dengan guru secara online. Tak perlulah menghantar buku berkotak-kotak dan sistem pos yang diamalkan dulu agak tidak selamat serta lambat mendapat feedback dari guru-guru yang berkenaan.

Seperti mana yang pernah dibaca berkenaan internet-based education, ia berubah-ubah dari masa ke semasa. Jika dulu setiap maklumat yang dimasukkan kedalam internet menyediakan interaksi satu hala dan designer hanya boleh write sahaja, Namun demikian menyedari akan kelemahannya dan selaras dengan stratergi pengajaran dan pembelajaran secara kolaborasi yang diketengahkan oleh ahli-ahli pedagogi, maka terhasilah WEB 2.0. yang menjadi alat perantaraan untuk menjalankan kolaborasi learning ( read and write ).
Di Malaysia ?

Tidak dapat dinafikan bahawa interbased learning banyak memberi kemudahan kepada pelajar serta guru dalam membantu mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Bila dilihat akan kebaikannya adalah : pelajar boleh melaksanakan pembelajaran di mana-mana ia berada serta berinteraksi dengan guru pada bila-bila masa. KPM pernah sarankan bahwa sebuah rumah seharusnya mempunyai 1 komputer.

Namun demikian, bagaimana dengan perlaksanaannya di kalangan pelajar-pelajar di Malaysia dan penglibatan ibu bapa dalam menjayakan sistem pendidikan berbantukan internet. Kenapa saya mengatakan begitu….? Di dalam kelas saya hanya 5 orang dari 35 orang mempunyai kemudahan komputer yang mempunyai access internet. Saya telah cuba memberikan topic untuk perbincangan dengan mengguna ruangan forum dalam laman web sekolah saya, malah kurang mendapat sambutan pelajar dan alasan yang diberikan ialah tiada kemudahan internet dirumah. Saya hanya mampu menyarankan pelajar-pelajar saya menggunakan kemudahan internet di Cybercafe……..
Last but not least, saya ingin tambah sedikit terhadap perbincangan hari tu berkenaan dengan limitations of internet-based education : Tidak semua topic boleh disampaikan secara berkesan dengan menggunakan internet, contohnya saya mengajar matematik dan kadangkala saya perlu menggunakan pelbagai cara atau bentuk penerangan untuk membantu pelajar faham akan konsep matematik….dan ia berbeza dari satu kelas dengan kelas yang lain.

3 comments:

  1. Zamiah, thanks for another well-thought out blog entry.

    A couple of my comments/questions:
    1) You raise a very important point about internet access (some people call it the great digital divide). If access is limited at home, is there anything we can do as teachers?

    2)Yes, some subjects may be more challenging to teach online (e.g. engineering, math, etc). But technological advancements allows us teachers to do new things that can help in the learning process. The following are a few examples:
    http://www.visualmathlearning.com/
    http://www.math.com/
    http://mathforum.org/

    What are the strategies used by these sites?

    ReplyDelete
  2. Thanks Dr tee, for the comments and links.

    Q1 : Bagi saya dalam DE internet access adalah medium yang paling penting sekali. Buat masa ini, apa yang saya fikirkan adalah jika pelajar tiada internet access...may be they can use their Mobile to access to the web.... ( mobile computing ). Untuk menggalakkan pelajar saya discuss through web, saya menggalakkan pelajar saya menggunakan kemudahan internet di cyber cafe or internet services yang berada di pusat sumber sekolah. Sekurang-kurangnya saya dapat menggalakkan pelajar saya berfikir yang cyber cafe is not a place to chating and playing game coz di Mlaysia cyber cafe dikait rapat dengan tempat bermain game or chating sahaja dan bukan untuk pengguna mencari maklumat serta membuat perbincangan ilmiah..

    ReplyDelete
  3. Q2 : Interesting website....Kebetulan saya sedang mencari perisian games in mathematic untuk my school's mathematic week..May be saya akan gunakan online methematic game. Apa yang saya perhatikan, statergy yang digunakan dalam pembelajaran mathematics adalah lebih kepada online courseware yang menggunakan kemudahan multimedia element especially animation. manakala untuk penilaian, games and online feedback questions dimasukkan, so that pelajar boleh terus menilai pencapaian mereka...

    Apa yang saya boleh katakan berdasarkan pemerhatian adalah : ia lebih kepada online courseware.

    ReplyDelete