Monday, February 9, 2009

3rd Week Reflection

22 January 2009
Instructional Design for Distance Education


Sebelum saya hadir ke kelas ini pernah saya pelajari akan bagaimana yang dikatakan dengan Instructional designing in multimedia. Saya pernah mengenali beberapa instructional disign phase dan yang paling utama sekali iaitu ADDIE and ASSURE. Tetapi apa yang saya perhatikan adalah design phase ADDIE yang dipelajari dahulu menunjukkan bahawa setiap fasa dilaksanakan mengikut urutan yang ditetapkan dan pada akhirnya setelah melalui proses analysis, design, development, and implement barulah evaluation dijalankan.

Keadaan ini berbeza dengan satu proses yang diperkenalkan iaitu Feedback-based process dalam kelas baru-baru ini but it still use ADDIE in designing the instructional. Saya tidak pernah fikirkan akan berkenaan dengan penilaian pada setiap fasa adalah penting dan ini membantu kepada penghasilan p & p yang berkesan. Proses ini juga jelas menunjukkan bahawa ia menjimatkan masa dan tenaga serta kos.

Ini menunjukkan bahawa bukan mudah untuk menghasilkan satu sesi pendidikan jarak jauh ( Distance education ) kerana faktor-faktor yang perlu di ambil kira pada F2F learning environment perlu diaplikasikan pada DE dan di rancang dengan lebih sistematik dalam menjayakannya.

Walaupun demikian, menjadi persoalan kepada saya, bagaimana sesuatu pembelajaran yang memerlukan hands-on actvitity especially experiment in science subject? …dan mampukah distance education diaplikasikan pada pelajar-pelajar peringkat rendah kerana ia memerlukan disiplin diri yang amat tinggi. Saya perlu terus explore dan kenal pasti akan pengajaran yang bagaimanakan sesuai dengan DE….Hope I do soon.

Oleh kerana DE ini digunakan secara meluas dan melibatkan pelajar-pelajar dari pelbagai background dalam aspek pengetahuan sedia ada, kemahiran yang dikuasai, kemampuan kognitif pelajar dan pelbagai aspek lagi. Fasa analisis adalah merupakan part yang paling kritikal sekali. Mampukah designer untuk DE memenuhi semua keperluan pelajar terhadap pembelajaran? It is not easy. Itu yang Feedback-based process penting digunakan dalam design DE.


No comments:

Post a Comment