Sunday, February 15, 2009

4th week reflection

5 February 2009

Distance Learners

Hari ini Izawany and Hana telah memperkenalkan beberapa ciri-ciri distance learners. Saya mendapat gambaran yang jelas berkenaan dengan distance learners. Secara keseluruhan , dapat dinyatakan bahawa distance learners adalah dikalangan pelbagai jenis pelajar sama ada tua atau muda, tidak kira latarbelakang pendidikan asalnya, serta yang memerlukan pelbagai keperluan dalam pendidikan mengikut keperluan masing-masing. Walau apapun keadaan mereka, sememangnya distance learners adalah dikalangan mereka yang mempunyai semangat, motivasi dan komitmen terhadap pelajaran yang tinggi serta seorang yang bertanggungjawab. Ini membantu kepada keberkesanan pembelajaran dalam DE.

Namundemikian, menurut Moore & Kearsley ( 1996), seseorang instructor yang memahami distance learners sebelum sesuatu program pendidikan dibangunkan, akan membantu kepada penglibatan yang lebih ramai dan berkesan. Ini adalah kerana kebiasaannya pembangunan sesuatu produk pembelajaran memerlukan fasa analisa dilaksanakan dahulu dalam mengenalpasti keperluan pelajar. Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang guru matematik, pada minggu pertama saya masuk kelas, pastinya saya akan laksanakan satu analisa secara keseluruhan untuk mengenalpasti pelajar-pelajar saya dan ini membantu saya menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

Seperti mana yang dibincangkan di dalam kelas , bagaimana keperluan distance learner boleh dikenalpasti sedangkan semua course, syarat-syarat telah pun dimaklumkan kepada pelajar semasa pelajar membuat pendaftaran? Bagi pendapat saya sesuatu course itu sepatutnya memaparkan proforma dan lain-lain perkara yang berkenaan dengan pembelajaran melalaui DE tetapi kaedah pembelajaran yang diaplikasikan perlulah dinyatakan selepas pelajar-pelajar mengisi borang survey dan instructor seharusnya menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran untuk membantu pelajar yang mempunyai pelbagai learning style menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Pada era ini, distance educations dikaitkan dengan penggunaan teknologi komputer yang tinggi. So that, persoalannya adakah semua pelajar mempunyai kemahiran tersebut serta manakala kepada sesiapa yang tidak tahu langsung akan penggunaan komputer dan Internet berkemungkinan tidak bermotivasi untuk melibatkan diri dalam Distance education. Bagi pendapat saya, untuk mengatasi masalah ini banyak pengiklanan, buku-buku perlu dihasilkan untuk mendedahkan pelajar-pelajar berkenaan Distance education. Ini adalah kerana masih ramai ibu bapa serta pelajar-pelajar di Malaysia tidak sedar akan kewujudan DE. Manakala instructor juga perlu menghantar modul-modul penggunaan dan menyediakan training terhadap penggunaan teknologi terkni dalam membantu pelajar bermotivasi serta berkeyakinan dalam melibatkan diri dalam DE.

Thats all

No comments:

Post a Comment